Ketua Polis Negara - Boleh guna surat selain MITI sementara waktu

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Orang ramai boleh menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada mana-mana kementerian dan jabatan berkaitan untuk sementara waktu bagi melepasi sekatan jalan raya.


Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata surat itu boleh digunakan sehingga sistem permohonan melalui portal seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat beroperasi secara menyeluruh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Surat lain boleh digunakan untuk sementara waktu ini sehingga sistem dalam MITI berjalan sepenuhnya," katanya.

 

Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan seorang pegawai polis, memaklumkan Ketua Polis Negara memutuskan dan mengarahkan supaya polis menerima semua surat pergerakan daripada MITI, kementerian dan jabatan lain berkaitan.

 

Semalam, kerajaan digesa segera menyelesaikan isu berbangkit berhubung pengoperasian COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

 

Ini kerana, kebanyakan pihak dikatakan gagal melayari laman sesawang CIMS 3.0 untuk memohon kebenaran beroperasi dipercayai akibat trafik tinggi.

 

Difahamkan, tiada talian khusus ditetapkan bagi pengoperasian sistem itu menyebabkan rata-rata pemohon buntu apabila mereka gagal mengemukakan permohonan berkenaan.

 

Pemohon juga dikatakan keliru apabila diarah mengemukakan permohonan ke kementerian tertentu dan tidak lagi berpusat di MITI beberapa hari selepas pengumuman mengenai sekatan pergerakan penuh.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…