"Selepas lawatan saya ke Geely, saya percaya bahawa Proton akan pulih.
"Dengan kehadiran teknologi dimiliki Geely, kami percaya yang kami dapat bersaing setanding atau lebih baik dengan pemain lain dalam industri automotif. Keputusan untuk menaik taraf ke pusat 3S adalah tepat pada masanya," katanya.
Menurut Shamshudin, inisiatif tersebut diambil bagi memasikan perniagaan yang diusahakan mampan dan berjaya kerana permintaan pasaran automotif ketika ini semakin baik.
Justeru, pengedar perlu bersaing dengan produk hebat selain menawarkan perkhidmatan terbaik kerana perkara tersebut membabitkan harapan pelanggan yang masuk ke setiap bilik pameran Proton.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong pula memberitahu, lima pengedar yang hadir itu bersetuju untuk menaik taraf premis mereka kepada 3S dan 4S atas dasar percaya bahawa layanan terbaik kepada pelanggan adalah satu kewajiban.
"Mereka membuktikan kekuatan yang dimiliki Proton. Masih ada ahli perniagaan di luar sana yang percaya kepada jenama Proton.
"Golongan tersebut yakin bahawa perkongsian dengan Proton ini akan membuahkan kejayaan dan meningkatkan kesedaran jenama dalam industri," ujarnya.
Chunrong berkata demikian ketika ditemui hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Jualan dan Perancangan Rangkaian Proton, Dr. Ho Tuck Sum dan rangkaian pengedarnya termasuk Shamshudin, Liew Vee Lee (Pengarah Harima Automobil (M) Sdn. Bhd.), Judith Yam Siew Chu (Pengarah Urusan Atiara Johan (M) Sdn. Bhd.), Mohd. Nazrin Mohamad Fozi (Pengarah Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd.) serta Leong Chue Chye (Pengarah Hoi Keen Services Sdn. Bhd.).
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed.
Untuk makluman, Proton kini menawarkan kempen jualan sepanjang Januari ini.
Pelanggan dijemput untuk datang ke mana-mana cawangan di seluruh negara bagi membolehkan mereka menikmati promosi untuk semua kereta Proton.
Diskaun sehingga RM13,888 (nilai diskaun adalah berbeza mengikut model) ditawarkan Proton. Promosi sah sehingga 31 Januari 2018.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kereta Proton baharu dan nikmati diskaun Tahun Baru sekarang juga.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian khidmat Proton di 1800-888-398 atau emel ke [email protected].
Pelanggan juga boleh melayari laman web Proton di www.proton.com atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.