MERCEDES CLE CABRIOLET 2024 - CONVERTIBLE YANG MAMPU MENCAPAI KELAJUAN SEHINGGA 250KM/J

oleh Firdaus Razani|
Selepas mendedahkan pratontonnya pada tahun lalu, kini Mercedes mengumumkan model terbaharu CLE Cabriolet 2024 akan tiba di pasaran Eropah pada April tahun ini seterusnya di pasaran lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti CLE Coupe, model convertible ini akan menjadi pengganti untuk kedua-dua C- dan E-Class Cabriolet, dan ia turut mempunyai empat tempat duduk dengan bumbung yang terbuka.

 

cle cabriolet

 

Bumbung CLE Cabriolet terbaharu ini dikuasakan elektrik dan boleh dinaikkan atau turun dalam masa 20 saat pada kelajuan 60km/j.

 

cle cabriolet

 

Walaubagaimanapun, bumbung tersebut akan memakan banyak ruang kargo seluass 385 liter kepada 295 liter apabila bahagian bumbung atasnya diturunkan.

 

cle cabriolet

 

Model ini turut dilengkapi dengan sistem Aircap yang berfungsi untuk memesongkan angin dari bahagian atas cermin depan untuk memastikan pemandu serta penumpang selesa apabila bumbung diturunkan.

 

cle cabriolet

 

Mercedes menyatakan model terbaharu ini jauh lebih selesa daripada C-Class Cabriolet sebelum ini dengan ruang kaki tambahan sebanyak 72mm.

 

cle cabriolet

 

Secara keseluruhan, saiz CLE Cabriolet terbaharu ini berukuran 4850 mm panjang, 1861 mm lebar dan 1424 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 2865 mm.

 

cle cabriolet

 

Untuk bahagian dalaman, hampir seperti model coupe, model ini mempunyai kluster instrumen digital 12.3 inci serta sistem infotainmen 11.9 inci dengan orientasi potret.

Jika kereta convertible, pasti tempat duduk adalah antara yang diberi lebih tumpuan, untuk model terbaharu ini, kerusi akan didatangkan dengan kulit yang memantulkan cahaya matahari dan kulit nappa.

 

cle cabriolet

 

Ia diberi salutan khas yang akan memantulkan sinaran inframerah matahari dan membantu mengekalkan kulit lebih sejuk bawah cahaya matahari langsung berbanding kulit standard.

Kerusi kulit tersedia dalam pelbagai warna antaranya adalah hitam, beige/hitam, coklat tonka/hitam , merah/hitam dan putih/hitam serta ditawarkan kulit tiruan hitam.

 

cle cabriolet

 

Mercedes CLE Cabriolet 2024 ditawarkan dengan empat pilihan enjin dengan rangkaian kuasa hibrid ringan, Berikut adalah tawaran enjin model tersebut :

 

-Enjin diesel 2.0 liter, 194hp (145 kW / 197 PS), 440 Nm tork, 0-100km/j dalam 7.9 saat, kelajuan tertinggi 234km/j.

-Enjin petrol 2.0 liter empat silinder pengecas turbo, 201hp (150 kW / 204 PS), 320 Nm tork, diberi pilihan untuk pacuan belakang atau semua.

-CLE 300 4MATIC : Enjin 2.0 liter empat silinder pengecas turbo, 255hp (190 kW / 258 PS), 400 Nm tork, 0-100km/j dalam 6.6 saat, kelajuan tertinggi 250km/j.

-CLE 450 4MATIC : Enjin 3.0 liter enam silinder sebaris, 375hp (280 kW / 381 PS), 500 Nm tork, 0-100km/j dalam 4.7 saat, kelajuan tertinggi 250km/j.

 

Harga untuk pasaran Eropah adalah bermula pada €66,402 (RM340,600) dan sehingga €88,357.50 (RM453,200).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…