Hal ini menyusul setelah laporan awal menyebut syarikat Jepun tersebut melaporkan penurunan pendapatan bersih sebanyak 94.5 peratus dan jumlah jualan yang menurun 6 peratus kepada 1.23 juta sahaja.
Pembuangan 12,500 pekerja itu merangkumi 9 peratus daripada jumlah pekerja Nissan, namun ia akan memberikan kesan kepada 14 buah fasiliti di seluruh dunia - kebanyakannya daripada kilang di luar Jepun.
Kilang tersebut termasuklah di Sepanyol, Indonesia, Russia, Perancis, Thailand, Mexico dan juga di UK.
Ini bermakna, Nissan juga akan turut mengurangkan barisan produk dan produksi global sebanyak 10 peratus menjelang akhir 2022, bagi menumpukan kepada model teras global dan model strategik serantau.