Tindakan GM dan Nissan itu mendapat pujian dari Presiden baharu, Joe Biden yang akan memegang tampuk pemerintahan US pada 20 Januari kelak.
Oktober tahun lalu, Nissan, GM, Toyota, Fiat Chrysler dan beberapa syarikat automotif yang lain telah menyatakan persetujuan untuk menyokong tindakan Trump yang mahu menghapuskan "keistimewaan" California dengan mempunyai kadar pelepasan asap yang tersendiri.
Walaupun Nissan dan GM sudah keluar dari pakatan itu, Mazda, Hyundai, Kia, Mitsubishi, Subaru dan rangkaian pengedar kenderaan US masih menyokong usaha Trump itu selepas satu mesyuarat diadakan Selasa lepas.
Ford, Honda, Volkswagen dan BMW bagaimanapun bersetuju dengan cadangan California tetapi dengan syarat piawaian itu tidak seketat yang dicadangkan sebelum ini oleh Presiden Barak Obama, tetapi masih lebih ketat dari piawaian yang dicadangkan oleh Trump.
Joe Biden pula telah menyatakan rancangan beliau untuk memberi fokus kepada kenderaan elektrik dan akan membelanjakan berbillion duit untuk membina 500,000 buah stesen pengecaj.
Biden juga menyokong potongan cukai untuk pembelian kenderaan eletrik dan juga pelaburan untuk mengubah kilang kenderaan bagi menghasilkan EV.
* Sumber berita dari Reuters.com