PASARAN EV SEMAKIN PERLAHAN, MERCEDES TANGGUHKAN RANCANGAN EV

oleh Firdaus Razani|
Pembuat automobil mewah Jerman, Mercedes-Benz dilaporkan menarik balik rancangan pembangunan kenderaan elektrik (EV) dan merancang untuk menghasilkan kereta berkuasa gas hingga tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaubagaimanapun, Mercedes mengumumkan untuk kembali pada penghasilan EV sepenuhnya pada awal dekad 2030, jika permintaan pasaran EV ketika itu semakin positif.

 

MERCEDES

 

Pengeluar kereta mewah itu berkata semua kenderaan yang baharu dilancarkan akan menggunakan elektrik sahaja mulai 2025 dan seterusnya.

Ketika ini, Mercedes sudah menawarkan EV dalam setiap segmen dengan versi sedan dan SUV bagi model EQS dan EQE serta SUV elektrik EQB.

Mercedes-Benz menjangkakan kenderaan elektrik termasuk hibrid mewakili 50 peratus daripada jumlah jualan pada 2030, secara drastik lebih rendah daripada komitmen 100 peratus dari 2021.

 

MERCEDES

 

Ia selepas jualan kereta Mercedes-Benz tersebut merosot sehingga 21 peratus pada suku keempat tahun lalu dan kini memperlahankan peralihannya.

Mercedes menyaksikan penurunan hasil dari suku keempat di wilayah utama, termasuk di Amerika Syarikat iaitu negatif 7.4 peratus dan Jerman negatif 2.8 peratus.

Walaupun pendapatan dalam setahun penuh meningkat 2.1 peratus iaitu kepada $153.2 bilion, tetapi keuntungan operasi susut empat peratus pada 2023 iaitu kepada $19.7 bilion.

Kenderaan kuasa elektrik termasuk hibrid telah menyumbang 21.8 peratus daripada jualan pada suku keempat.

Mercedes berkata ia menjangkakan EV dan hibrid mewakili 19 hingga 21 peratus daripada jualan kenderaan tahun ini.

Buat ketika ini, bukan Mercedes sahaja yang bertindak untuk mengundur dari penghasilan EV, jenama seperti Ford dan GM turut melakukan perkara yang sama baru-baru ini.

 

SUMBER : Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…