PDRM - Ubah suai kenderaan guna tayar “Hellaflush” boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara

oleh SALINA JALIL|
gambar dari mukabuku PDRM
Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia. Sehubungan dengan itu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan peringatan tentang perkara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kenyataan tersebut PDRM telah memaklumkan bahawa pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.

 

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

 

 

 

 

PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…