Pengguna hanya perlu membeli dan mengaktifkan Touch ‘n Go RFID mereka dan menggunakannya minimum lima kali untuk pembayaran tol dalam tempoh peraduan untuk melayakkan diri bertanding memenangi tol percuma.
Ujarnya, sebanyak lapan pemenang akan dipilih setiap dua minggu menjadikan pemenang keseluruhan seramai 40 orang.
Pada masa ini, terdapat lebih daripada dua juta pengguna Touch ‘n Go RFID yang aktif dan bilangannya berkembang pesat.
Selain membayar tol, Touch ‘n Go RFID juga boleh digunakan untuk membayar petrol di stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara.
Pengisian bahan api RFID Touch ‘n Go kini tersedia pada 100 stesen Shell di seluruh negara dan dijangka meningkat kepada 450 stesen Shell dalam tempoh dua tahun akan datang.
Tag RFID Touch ‘n Go boleh dibeli di Pusat perkhidmatan Touch ‘n Go Nu Sentral dan Bangsar, pusat kelengkapan RFID yang ditetapkan, dan di stesen minyak terpilih.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Peraduan Tol Percuma, layari www.touchngo.com.my.