Perodua EZ MOBi - perkhidmatan langganan kenderaan untuk agensi kerajaan, entiti perniagaan

oleh Mohamad Hanif|
Perodua memperkenalkan sebuah perkhidmatan langganan kenderaan yang disasarkan kepada entiti perniagaan dan agensi kerajaan, dinamakan sebagai Perodua EZ MOBi.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dengan adanya Perodua EZ MOBi, perkhidmatan ini akan membantu syarikat-syarikat menguruskan armada kenderaan mereka dari segi perolehan, servis serta penggantian kenderaan.

“Pada dasarnya, EZ MOBi ini mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti para pelanggannya yang semakin meningkat. Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan,” kata Dato’ Zainal, Presiden dan CEO Perodua.

“Tawaran nilai perkhidmatan ini ialah Perodua EZ MOBi menyediakan kemudahan berbentuk hujung ke hujung (end-to-end) kepada para pelanggan kami kerana pelbagai pakej tersedia untuk memenuhi keperluan mobiliti setiap daripada mereka,” tambah Dato’ Zainal.

Salah satu keunikan Perodua EZ MOBi ialah pelan langganannya memfaktorkan semua kos untuk milikan dan pengendalian kenderaan kecuali penggunaan bahan api.

Buat masa ini, perkhidmatan baharu ini tersedia di Lembah Klang dan hanya untuk entiti-entiti perniagaan dan agensi-agensi kerajaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…