Perodua sasar jualan eksport sebanyak 79% pada 2024

oleh Firdaus Razani|
Perodua menyasarkan akan meningkatkan jualan eksport tahun ini sebanyak 79 peratus kepada 1,960 unit berbanding 1,094 unit pada tahun 2023 berikutan sasaran yang dibuat oleh syarikat untuk meluaskan pasaran luar negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke Brunei dengan sasaran jualan masing-masing sebanyak 120 unit serta 40 unit.

Di samping itu, Perodua turut mengeksport model Bezza 1.0L G ke Brunei dengan jangkaan jualan sebanyak 300 unit, menjadikan jumlah sasaran keseluruhan jualan tahun 2024 di negara berkenaan sebanyak 460 unit.

 

perodua

 

Pada tahun 2023, Perodua telah mencatat jualan sebanyak 300 unit Bezza 1.0L G ke Brunei, menjadikannya pasaran eksport terbesar syarikat berkenaan pada tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata “Kami menjangkakan tahun 2024 akan menjadi tahun pertama pengembangan pasaran eksport kami kerana kami kini berada di tahap yang mana ekosistem automotif Malaysia sudah mampu untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.”

Beliau menjangka pertumbuhan yang berterusan di dalam pasaran eksport Perodua berikutan pengembangan agresif yang dijalankan oleh syarikat di dalam operasinya di samping keupayaan pengeluaran para pembekalnya.

“Brunei adalah pasaran eksport pertama dipilih bagi tujuan pengembangan operasi tanpa menjejaskan peruntukan domestik kenderaan kami.” kata beliau.

Tambahan itu, Perodua turut telah berjaya mengurangkan tempoh menunggu untuk semua model popular kami dan mempunyai stok tersedia bagi sesetengah model kenderaan.

Di samping itu, sasaran Perodua adalah untuk meningkatkan pasaran eksport juga akan memberikan peluang yang lebih besar kepada para pembekal untuk turut sama meningkatkan jumlah jualan mereka.

Bagi model yang baru dilancarkan di Brunei, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut dan kesemua harga yang disenaraikan adalah termasuk cukai jalan dan insurans.

  • Alza AV - B$30,900 (RM108,000)
  • Alza H - B$27,900 (RM98,000)
  • Axia AV - B$21,900 (RM77,000)
  • Axia G - B$17,900 (RM63,000)
  • Bezza 1.0L G - B$16,900 (RM59,000)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…