Perodua hantar bantuan kepada rakan niaga di Sri Lanka

oleh Mohamad Hanif|
Perodua telah menghantar bantuan kepada kakitangan wakil pengedarnya di Sri Lanka, Unimo Enterprise Limited susulan krisis kewangan yang berterusan di negara itu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ia turut menyaksikan pembekuan import sejak tahun 2020, sekaligus menghentikan penjualan kenderaan Perodua di Sri Lanka.

Sri Lanka sebelum ini merupakan pasaran eksport CBU terbesar Perodua dengan model yang paling laris terjual pada penghujung tahun 2019 merupakan Perodua Bezza 1.0L.

“Krisis kewangan di Sri Lanka juga telah membawa kepada kesukaran hidup dan kami bersyukur kerana kami dapat menghulurkan bantuan kepada rakan kongsi kami di sana,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.

Perodua telah menghadiahkan baucar kepada 171 pekerja Unimo sebagai bantuan dalam tempoh yang sukar ini.

“Kami memilih baucar membeli-belah kerana ini adalah cara paling effektif untuk membantu kakitangan Unimo mendapatkan keperluan harian dan kami berharap keadaan di sana akan bertambah baik,” kata Dato’ Sri Zainal.

Unimo Enterprises Limited ialah wakil pengedar Perodua di Sri Lanka sejak tahun 1995.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…