Pertandingan Pemasaran Proton - 12 pasukan ke peringkat akhir

oleh SALINA JALIL|
Proton mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing dalam Pertandingan akhir ‘Intelligence that Inspires Challenge’ (Kepintaran yang Memberi Inspirasi).

Pertandingan Pemasaran ini diambil dari slogan SUV eksekutif popular segmen C iaitu Proton X70.



MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pertandingan ini akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) pada 29 Julai 2019 dan bakal menyaksikan kumpulan akhir ini bersaing dengan membentangkan kajian kes pemasaran mereka kepada para panel pengadil yang terdiri daripada pengurusan kanan Proton, pakar dari bidang pemasaran dan barisan media.

 

Pada peringkat akhir ini, semua kumpulan dikehendaki melakukan kertas pembentangan, mencipta pelan pemasaran yang mungkin dihadapi oleh para pelajar apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan. 

 

Oleh itu, ia akan menjadi ujian sebenar bukan hanya dari segi pengetahuan pemasaran dan kemahiran kertas pembentangan malahan ujian keupayaan mereka dalam menghadapi tekanan. 
 

 

 

12 kumpulan ini terdiri dari semua negeri di Malaysia termasuk Malaysia Timur dengan semua kos akan ditanggung oleh Proton. 

 

Mereka adalah:


1. Politeknik Port Dickson


2. Politeknik Kota Kinabalu


3. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai


4. Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam


5. Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar


6. Xiamen University Malaysia


7. Universiti Tunku Abdul Rahman, Sg Long


8. Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur


9. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang


10. Multimedia University, Melaka


11. Taylor’s University, Lakeside Campus


12. DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan, Pahang.

 

Setiap institusi bersaing akan diwakili dengan seorang ketua pasukan, ahli pasukan serta seorang tenaga pengajar.

 

Panel para pengadil pula terdiri daripada dua ahli dari pengurusan kanan Proton, tiga pakar pemasaran dari syarikat perniagaan di Malaysia serta lima ahli media.

 

Selain itu, kriteria yang dicari adalah berdasarkan kreativiti dan kemahiran kertas perbentangan mereka, para pengadil juga akan mempertimbangkan keunikan idea-idea yang dipersembahkan serta bagaimana mereka dapat menempuh dalam keadaan kehidupan sebenar kelak. 


Pasukan bertanding juga perlu mempertimbangkan praktikaliti idea mereka serta cabaran termasuk perbelanjaan, tenaga kerja serta tingkah laku pelanggan.


 

 

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif berkata,"Di Proton, kami percaya bahawa pencarian pemimpin perniagaan generasi akan datang adalah penting kerana mereka ini merupakan individu yang akan membantu menguasai bidang ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

 

Kami juga ingin memberi peluang kepada graduan dari universiti-universiti Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat kebangsaan dan menyerlahkan kemahiran yang diajar melalui institusi-institusi ini. Tidak kira sama ada mereka menang atau kalah,

 

Proton berharap semua peserta selepas ini akan lebih memahami mengenai apa yang diperlukan untuk menjadi cemerlang di dalam bidang pekerjaan dan semoga mereka akan meminati jenama Proton. 

 

x70


Proton X70 adalah model pertama yang dibangunkan bersama oleh Proton dan rakan kongsinya iaitu Geely dan merupakan SUV premium pertama yang dibangunkan oleh jenama automotif Malaysia. 

 

*gambar utama  dari MotoMalayadotnet
 

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…