Polis kesan pemandu Proton Iswara pandu secara berbahaya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari tangkap layar video
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Iswara yang memandu secara berbahaya sehingga bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di Jalan Sengkang-Inas sebagaimana tular di laman sosial.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 5 petang Khamis itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Siasatan dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton dari arah bertentangan telah masuk ke laluan kereta Mitsubishi yang sedang bergerak lurus menghala ke Bandar Tenggara.

"Akibat kejadian itu kereta Mitsubishi telah bergesel, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beng Yeow berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah kereta Proton yang dipandu berada di belakang sebuah lori dalam cubaan memotong namun tidak berjaya.

Kereta tersebut kemudiannya bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi di laluan bertentangan dan terus berlalu pergi.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…