Program CSR Careta bersama Perodua - sumbang 5 unit komputer riba kepada 5 pelajar

oleh SALINA JALIL|
Careta sering melakukan kerja-kerja amal serta menyokong kerja-kerja CSR (tanggungjawab sosial korporat) di seluruh tanahair menggunakan informasi yang diterima melalui peranan kami sebagai pihak media.


Sumbangan-sumbangan yang kami terima, ada yang kami kongsikan bersama para pengikut kami di laman-laman media sosial tetapi ada juga yang kami simpan sendiri.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

sumbangan

 

Pada tahun lalu, wabak pandemik Covid-19 telah banyak memberi impak negatif kepada sesetengah kelompok masyarakat Malaysia dan antara efek yang dilihat ialah kesan negatif kepada perkembangan ekonomi.


Secara tidak langsung menyebabkan kesukaran dalam usaha sesetengah para ibubapa untuk memastikan kesempurnaan kelengkapan pendidikan anak-anak mereka.


Di pihak Careta.my, melalui bantuan Encik Noor Jamaan bin Abd Rahman, Penghulu untuk Mukim Ulu Lepar,Kuantan, beliau telah mengenalpasti lima pelajar dari golongan asnaf (B40) yang terbukti mempunyai potensi untuk berjaya di dalam bidang pendidikan tetapi mempunyai kekangan pembelajaran.
 

 

Empat dari mereka telah melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan seorang pelajar di peringkat persekolahan memerlukan bantuan dari segi memiliki komputer riba untuk keperluan pembelajaran mereka


Terdahulu kesemua pelajar ini mengambil inisiatif dengan meminjam komputer riba dari rakan-rakan atau menggunakan komputer di perpustakaan IPT masing-masing.


Careta telah menghubungi pihak PERODUA dan memohon bantuan dari mereka untuk  pembelian komputer riba tersebut.


Dengan pantas mereka memaklumkan persetujuan untuk memberi sumbangan kelima-lima komputer riba tersebut.


Selain itu, terdapat beberapa individu persendirian yang turut menyertai CSR kami ini dengan memberi sumbangan wang tunai kepada kelima-lima pelajar tersebut.


Careta telah turun padang dan menyampaikan sendiri bantuan-bantuan tersebut kepada kesemua pelajar-pelajar terbabit di pejabat Mukim Ulu Lepar, Kuantan semalam. .

 

 

Kenapa kami menghubungi Perodua dan bukan syarikat-syarikat yang lain? 


Sebabnya mudah sahaja, mereka sangat pantas bertindak dan sentiasa membantu rakyat Malaysia.  Lihat sahaja situasi musibah banjir baru-baru ini, mereka yang pertama mulakan inisiatif dengan menawarkan diskaun alat ganti kenderaan dari 20 peratus dan dinaikan pula sehingga 50 peratus serta  memberi rebat perkhidmatan tunda dan kos buruh percuma.

 

dato zainal
Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad

 

Seperti kata Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad dalam satu sesi bersama pihak media tempoh hari, "sebagai businessman yang meniaga, sememangnya kami inginkan keuntungan tetapi kami juga tahu bahawa kami mempunyai tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap negara dan yang paling utama adalah terhadap rakyat Malaysia sendiri, kerana itu kenderaan-kenderaan terkini keluaran Perodua, kami lengkapkan dengan pelbagai teknologi serta ciri-ciri keselamatan untuk memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi."

 

Terima kasih Perodua. Terima kasih kerana sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…