Proton - Geely: Pengurusan gaya Perodua akan dipraktikan

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Desas-desus mengatakan pengurusan tertinggi Proton bakal diketepikan selepas Geely akan hadir dengan pasukan mereka sendiri tercetus selepas jalinan usahasama Geely sebagai rakan strategik Proton diumumkan.

Antara yang terbabit ialah tiga teraju utama Proton, iaitu Datuk Ahmad Fuaad Kenali, CEO Proton, Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan CEO Proton dan Rashid Musa, CEO Proton Edar.

Ini adalah tiga tombak utama yang berjaya memastikan Proton tidak karam diwaktu ia dilanda masalah ekonomi terbesar sejak syarikat itu ditubuhkan. Walaupun dalam keadaan kewangan yang genting, beberapa projek masih mampu diselamatkan dan kualiti juga dipastikan berada di paras yang sama. 

Malah Proton masih mampu melancarkan model-model baharu dan paling penting, ia tidak membuang seorang pun pekerja.

Li Shu Fu Careta
CEO untuk Geely Holdings, Li Shufu memang serius di dalam perniagaan beliau dan sangat dihormati kerana ketegasannya.

 

Namun begitu, Geely diberitakan pada awalnya akan menggantikan pengurusan dengan pasukan mereka sendiri dan ini menimbulkan tanda tanya apa akan terjadi kepada tiga pemimpin utama Proton itu.

Berita terbaharu dari sumber Careta memberitahu bahawa Proton dan Geely kini akan mengikut cara pengurusan Perodua yang memang terbukti memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak (win-win situation).

Seperti Perodua, sektor pembuatan Proton akan dikawal-selia oleh rakan strategik mereka, Geely sementara bahagian pengedaran pula akan diuruskan oleh pengurusan dari DRB-Hicom.

Ini akan memastikan Geely mendapat kuasa penuh dalam bidang pengilangan yang akan menjamin kualiti dan teknologi produk sentiasa tinggi.

Bahagian pengedaran pula akan diserahkan kepada pasukan tempatan yang lebih arif akan pasaran negara.

Careta harapkan agar cara ini mampu memastikan jenama Proton segera meningkat naik dan terus berkembang ke luar negara.

*Gambar Abd Rashid Musa diambil dari paultan.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…