Pengerusinya, Ola Källenius berkata nama rasmi Mercedes Benz Group AG menandakan ia akan memberikan fokus kepada penghasilan kenderaan mewah Mercedes Benz.
Syarikat yang berpengkalan di Stuttgart itu sudah empat kali menukar namanya. Daimer-Benz AG dilancarkan dalam tahun 1926 bila Carl Benz dan Gottlieb Daimler bergabung.
Kemudian ia menjadi Daimler-Chrysler bila Daimler-Benz dan Chrysler bergabung dalam tahun 1998.
Dalam tahun 2007, kedua syarikat itu bercerai dan Daimler cuma menjadi Daimler.
"Penukaran nama ini juga adalah sempena menghormati kedua pengasas syarikat ini dengan menjadi ketua dalam bidang elektromobiliti dan pengisian komputer automotif," terang Källenius.
Disember lalu, Mercedes Benz menerima secara rasmi sijil sistem panduan berotonomi Tahap Ketiga yang membenarkan pemandu untuk "melihat ke arah selain dari jalanraya" dalam beberapa situasi.
Mercedes Benz mensasarkan ia akan mengkomersilkan teknologi itu tahun ini, sebelum Tesla.
Harga saham Mercedes Benz di dalam pasaran global sekarang adalah hampir 75 bilion Euro, 15 bilion lebih tinggi dari BMW tetapi 1/10 dengan Tesla.
Mercedes Benz tetap memiliki 35 peratus saham minoriti di dalam syarikat baharu, Daimler Truck yang telah mula diperniagakan di pasaran saham Frankfurt bulan Disember tahun lalu.