RM62,500 - Harga SUV baharu Perodua - tempahan sudah bermula

oleh SALINA JALIL|
Perodua sudah mengumumkan harga SUV terbaharu mereka yang kemungkinan diberi nama Ativa atau nama kod D55L.

Harga bermula dari RM62,500 sehingga RM73,400 dan didatangkan dalam tiga varian.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, model D55L adalah model pertama di bawah rangkaian Perodua Smart Build.

Ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) untuk semua varian dan kali ini ia mampu mengesan kehadiran kenderaan dua roda.

Selain dari itu, semua varian juga menerima fungsi Lane Departure Warning and Prevention. Varian AV pula diberikan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control - ciri-ciri yang sering ada pada kenderaan di atas RM100,000.

Perodua D55L ini adalah model Perodua yang pertama memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2 dan juga model pertama hadir dengan enjin turbo.

 

 

Penggunaan bahanapi ialah 18.9 km/l - terbaik di dalam kelasnya.

CIri-ciri lain yang disebut oleh Perodua ialah lampu hadapan LED (untuk semua varian) manakala varian H dan AV dilengkapi dengan ciri Adaptive Driving Beam, panel meter TFT 7 inci dan skrin sesentuh 9 inci dan Voice Recognition untuk Infotainment. 

Harga yang diumumkan ialah selari dengan pengecualian cukai yang bakal berakhir pada 30 Jun kelak. Varian X dan H boleh didapati dalam tiga warna - Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue.

Varian H juga ada tambahan warna iaitu Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red - warna-warna terbaharu Perodua. Varian AV diberikan sentuhan bumbung hitam agar nampak lebih premium.

Waranti ialah selama lima tahun atau 150,000 km, mana yang terdahulu.

Tunggu laporan pandu uji Careta kelak tapi jika berminat, anda sudah boleh mula menempah SUV urban ni di mana-mana cawangan Perodua yang berhampiran.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…