Tangguh belajar untuk jaga adik sakit barah - Proton turun beri bantuan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bulan Februari lalu, tular gambar surat permohonan oleh seorang pelajar untuk menangguhkan pendidikan beliau kerana ingin menjaga adiknya yang mengalami barah kelenjar tahap empat.

Surat Muhammad Iqbal Shah Zakaria, 29, pelajar tahun tiga peringkat ijazah Kejuruteraan Reka Bentuk Produk di Universiti Malaysia Perlis (UniMap) menjadi tular di media sosial dan beritanya kemudian keluar di Utusan Malaysia.

 

 

Iqbal dan adiknya, Muhammad Ikhwan Shah, 28 adalah dua adik beradik yatim piatu sejak ayah mereka meninggal dunia dalam tahun 2009 dan disusuli oleh ibu mereka dalam tahun 2012.

Mereka kini tinggal bersama pakcik mereka, Jamaaddin Kamaluddin, seorang gurubesar sekolah di Sri Iskandar, Perak.

Proton turun melawat dan memberi bantuan kepada kedua-dua adik beradik tersebut.

 

 

Amran Tomin, Pengarah Bahagian Modal Manusia dan kakitangan Proton Sales serta Bahagian Komunikasi Korporat memberikan kata-kata semangat dan memuji Iqbak kerana sanggup berkorban untuk adiknya.

Proton juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kedua beradik tersebut untuk membantu meringankan beban mereka.

 

 

Iqbal terpaksa menghabiskan RM200 setiap kali membawa adiknya ke hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk sesi rawataan chemotherapy dan ubat-ubatan.

Jika anda mahu menhumbang untuk meringankan beban mereka, salurkan sumbangan anda terus ke Bank Islam dengan nombor akaun 08013 0236 81843 atau menghubungi Muhammad Iqbal Shah di talian 019-5065957.

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…