TAS 2024: DAMD Deface, Toyota Hiace dengan tema Land Rover Defender

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada membawakan dua buah model Jimny yang diinspirasikan daripada hot hatch Eropah era 80-an, DAMD juga akan memeriahkan Tokyo Auto Salon 2024 dengan beberapa buah kenderaan contoh yang agak menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.
 

hiace


Jika anda mengikut rapat perkembangan modifikasi Hiace, terdapat opsyen di mana anda boleh memilih untuk memasang muka klasik pada van tersebut.

Ada yang menawarkan unit lampu berbentuk bulat, atau lampu empat segi yang bertindih.

Kit badan terbaharu daripada DAMD ini boleh mengubah penampilan Hiace menjadi sebuah van Land Rover Defender, dengan unit lampu yang hampir serupa, diikuti dengan jeriji berbentuk empat segi.
 

hiace


Selain itu, Hiace “Deface” ini turut dipasangkan dengan bampar unik, diikuti dengan rim keluli yang dibaluti tayar Toyo R/T Open Country dan layangan warna hijau kusam.

Sementara bahagian belakang pula dipasangkan dengan perumah lampu hitam.
 


DAMD juga akan memperlihatkan dua buah kei car menggunakan asas daripada Daihatsu Atrai, iaitu Fuzz Wagon dan Fuzz Deckvan.

Fuzz Wagon diinspirasikan daripada wagon klasik Amerika Syarikat, dengan menampilkan unit lampu berbentuk petak, decal kayu palsu, aksen berwarna cerah dan kemasan kotoran yang disengajakan.

Pendekatan yang serupa turut dibawakan pada Fuzz Deckvan, di mana ia secara asasnya merupakan Atrai versi pikap yang comel.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…