Tempahan Tesla Model 3 bakal dibuka Oktober ini, harga dijangka bermula dari RM160,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menurut sumber yang diperoleh dari rakan media, Automachi, EV aras mula dari Tesla iaitu Model 3 dilaporkan akan mula dibuka untuk tempahan pada bulan Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang diketahui, Tesla akhirnya telah merasmikan pengoperasian jenamanya di pasaran Malaysia dengan Model Y menjadi permulaan sebagai EV pertama rasminya.

Walaubagaimanapun model yang menjadi aras mula jenama itu, iaitu Tesla Model 3 masih belum diumumkan kehadiran rasminya, di mana semasa pelancaran juga hanya Model Y yang dipamerkan

 

2

 

Untuk pasaran Malaysia, Tesla Model Y ditawarkan bermula dari RM199,000 hingga RM288,000 dengan tiga pilihan varian, iaitu Model Y RWD, Model Y AWD Long Range dan Model Y AWD Performance.

Menurut sumber, kilang gergasi di China akan membuka tempahan secara dalam talian pada bulan Oktober, di mana jangkaan menunggu adalah sehingga 2024, sama seperti Model Y.

Namun masih tidak dapat dipastikan sama ada tempahan bagi Model 3 itu merupakan sebelum facelift kecil atau model facelift yang bakal diperkenalkan.

 

3

 

Berdasarkan versi terkini, Model 3 juga ditawarkan dengan tiga varian iaitu:

Tesla Model 3 RWD

  • Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
  • 279 HP dan 420 Nm
  • Jarak gerak 405 km (data WLTP)
  • Pecutan 0-100 kmj 6.1 saat
  • Kelajuan maksimum 225 kmj

Tesla Model 3 AWD Long Range

  • Motor elektrik berkembar, pacuan semua roda
  • 491 HP dan 493 Nm
  • Jarak gerak 485 km (data WLTP)
  • Pecutan 0-100 kmj 4.4 saat
  • Kelajuan maksimum 233 kmj

Tesla Model 3 AWD Performance

  • Motor elektrik berkembar, pacuan semua roda
  • 526 HP dan 660 Nm
  • Jarak gerak 460 km (data WLTP)
  • Pecutan 0-100 kmj 3.3 saat
  • Kelajuan maksimum kmj

 

Jika dirujuk pada harga asal kilang Model Y, versi Malaysia lebih murah berbanding US tetapi lebih mahal sedikit berbanding China dari segi harga.

Harga semasa Model 3 di laman web rasmi US dan China ialah USD40,240 (RM 183,192) dan RMB231,900(RM 146,944), jadi harga Model 3 untuk pasaran Malaysia dijangka sekitar RM 160,000 – RM 170,000.

Pastinya harga yang sangat kompetitif dan bakal menimbulkan kerisauan pesaing, nantikan pengumuman rasmi dari Tesla Malaysia maklumat lebih sahih.

 

Sumber: Automachi

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…