Tesla kini buka tempahan varian prestasi, motor elektrik berkembar untuk Model 3

oleh Mohamad Hanif|
Tesla kini telah membuka tempahan kepada pelanggan yang berminat untuk membeli Model 3 yang lebih berkuasa dilengkapi dengan motor elektrik berkembar, menurut CEO Elon Musk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elon Musk juga menyatakan versi prestasi sedan terkecil Tesla itu bakal hadir dan kedua-dua pilihan tersebut bakal memasuki fasa produksi bermula Julai. 
 

Versi motor elektrik tunggal yang dipasang pada Tesla Model 3 ketika ini mampu membawa jarak sejauh hampir 500 km dengan sekali pengecasan penuh. 

Walaubagaimanapun, versi prestasi Model 3 dijangka akan memberikan jarak perjalanan yang sedikit kurang berbanding model standard motor elektrik tunggal dan motor elektrik berkembar. 

Tesla juga mengumumkan Model S dan juga Model X bakal menerima penambahbaikan dari segi trim dalaman berwarna gelap serta kemasan kayu oak.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…