Thailand tawar Tesla guna 100% tenaga hijau jika buka kilang

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla dilaporkan sedang berbincang dengan Thailand untuk membuka fasiliti kilang di negara itu selepas selesai melakukan kaji selidik lokasi hujung tahun lalu.

Menurut laporan dari Nikkei Asia, kerajaan Thailand menawarkan penggunakan tenaga hijau 100 peratus untuk kegunaan kilang tersebut di mana ia akan menghasilkan EV ataupun bateri untuk EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tenaga hijau ialah sumber tenaga yang diperoleh daripada alam sekitar secara semula jadi seperti dari solar, angin, ombak dan lain-lain lagi.

Penggunaan tenaga hijau di kilang kenderaan akan merendahkan lagi perkiraan kadar pelepasan karbon bagi kenderaan yang kini dituntut oleh banyak negara barat.

Sebelum ini, kadar pelepasan karbon dari kenderaan sahaja (tailpipe emission) yang dikira tetapi sekarang, pencemaran dari kilang kenderaan juga akan dimasukkan.

Laporan lanjut di Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…