Van Mercedes-Benz 2024, mewah, untuk berniaga dan berkhemah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz EQV 2024
Mercedes-Benz EQV 2024
Kemasukan kenderaan pelbagai guna (MPV) Lexus LM di Eropah memang bagus kerana menawarkan sesuatu yang berbeza di pasaran.

Cumanya, LM perlu berdepan dengan MPV Mercedes-Benz yang sudah lama bertapak di sana. 

Untuk 2024, Mercedes-Benz Vans memperkemaskan penawaran EQV, V‑Class, V‑Class Marco Polo, eVito dan Vito yang tampil dengan perubahan luar, dalam dan teknologi.

Kali ini Mercedes-Benz mengambil pendekatan strategik yang berbeza. Model perdagangan seperti eVito dan Vito hadir lebih premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz V-Class 2024

 

Pada masa depan, kesemua van kegunaan persendirian akan tampil lebih mewah dan setara kereta penumpang Mercedes-Benz.

Peralihan tersebut akan diterjemahkan sepenuhnya melalui siri model Van Electric Architecture atau VAN.EA yang bakal tiba pada 2026 dan ke atas.

Sama ada van barang atau pekhemah, van tersebut membawa jenama Mercedes-Benz dan langkah itu dilihat bersesuaian dan setara dengan status yang dibawa.

 

Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2024

 

Kesemua model, EQV, V‑Class, V‑Class Marco Polo, eVito dan Vito 2024 menerima rekaan depan baharu dengan jeriji menonjol dan bampar yang bergaya.

Semuanya nampak seperti sedan Mercedes-Benz saiz XL atau XXL.

Lampu utama suai MULTIBEAM LED dilengkapi sebagai ciri asas atau pilihan dan lampu LED belakang direka baharu. 

 

Mercedes-Benz EQV 2024

 

EQV, V-Class dan V-Class Marco Polo menerima jaluran lampu LED pada sekeliling jeriji (bergantung pada pilihan).

V-Class EXCLUSIVE pula bergaya dengan logo bintang Mercedes-Benz pada bonet dan pertama kali digunakan.

Bahagian belakang model persendirian dilengkapi riasan krom dan tulisan penuh Mercedes-Benz di atas logo bintang.

 

 Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2024

 

Pada bahagian dalam, EQV, V-Class dan V-Class Marco Polo dipasang skrin lebar bersambung saiz 12.3 inci.

eVito dan Vito dibekalkan skrin tengah 10.25 inci dan skrin meter berwarna 5.5 inci. 

Kesemua model mempunyai corong udara baharu, stereng dengan pengesanan pelepasan tangan dan konsol tengah yang boleh dipasangkan pengecas telefon tanpa wayar.

 

Mercedes-Benz eVito Tourer 2024

 

Kesemua model juga dilengkapi fungsi hidup enjin tanpa kunci (KEYLESS) dan pilihan stereng dengan fungsi pemanas.

Buat kali pertama EQV, V-Class dan V-Class Marco Polo dilengkapi lampu suasana dengan 64 warna yang menaikkan lagi ciri mewah.

Supaya lebih mudah untuk penumpang, V-Class dan EQV mempunyai pintu gelangsar pada sebelah kiri sebagai ciri asas.

 

Mercedes-Benz V-Class 2024

 

Vito Tourer, Mixto dan eVito Tourer ditawarkan pintu but elektrik EASY-PACK buat kali pertama bagi memudahkan kerja memuat dan menurunkan barangan.

Brek parkir elektrik dilengkapi pada semua model perdagangan dengan kotak gear automatik.

Untuk maklumat hibur, sistem MBUX generasi terkini dilengkapi pada semua model dan kali pertama untuk Vito dan eVito.

 

Mercedes-Benz V-Class 2024

 

Selain itu, pemilik model persendirian dan perdagangan boleh menggunakan fungsi pandangan satelit.

Pemilik model persendirian boleh berkongsi lokasi atau membuat kiraan masa ketibaan dengan kenalan mereka.

Sistem MBUX turut membantu pemilik V-Class Marco Polo melalui unit kawalan khemah Mercedes‑Benz Advanced Control (MBAC).

Sistem itu menjadikan MPV mereka sebagai rumah pintar di atas roda.

 

Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2024

 

Mercedes-Benz Vans turut menambah dua fungsi baharu pada modul keterhubungan pintar.

Larasan suspensi udara AIRMATIC boleh dibuat hanya dengan sentuhan butang sekiranya van berada di atas permukaan tidak rata.

Mod perkhemahan baharu membantu pengguna mematikan pelbagai fungsi kenderaan yang tidak diperlukan ketika bermalam atau singgah di tapak perkhemahan.

Dari segi keselamatan, sejumlah teknologi bantuan pemanduan dibekalkan dari kilang seperti Bantuan Titik Buta, Bantuan Pengekalan Laluan dan Bantuan Kelajuan Pintar.

 

Mercedes-Benz eVito 2024

 

Berikut rangkaian kuasa mengikut model:

EQV dan eVito Tourer

  • Dua pilihan bateri, 90 dan 60 kWj dengan kuasa puncak 150 kW (204 ps)
  • Van panel eVito dibekalkan bateri 60 kWj berkuasa 85 kW (116 ps)
  • Jarak pemanduan eVito 326 - 363 km, eVito Tourer 332 - 370 km, van panel eVito 242 - 314 km
  • Kuasa pengecasan AC sehingga 11 kW 
  • Kuasa pengecasan pantas DC sehingga 110 kW untuk EQV, dan eVito Tourer. 80 kW untuk van panel eVito

V-Class, V-Class Marco Polo dan Vito

  • Enjin OM654 2.0 liter diesel turbo 
  • V-Class dan V-Class Marco Polo dengan tiga pilihan kuasa, 120 kW (163 PS), 140 kW (190 PS) dan 174 kW (237 PS)
  • Vito dengan lima pilihan kuasa, 75 kW (102 PS, N1 sahaja), 100 KW (136 PS), 120 kW (163 PS), 140 kW (190 PS) dan 174 kW (237 PS, M1 sahaja)
Mercedes-Benz Vito 2024

 

Model diesel secara umumnya dipadan bersama kotak gear automatik 9G-TRONIC dan pacuan belakang sebagai ciri asas.

Pacuan semua roda ditawarkan sebagai pilihan termasuk tetapan suspensi berbeza. Kesemua model elektrik menggunakan pacuan roda depan.

Selain itu, Mercedes-Benz Vans akan menawarkan enjin petrol M254 dan kacukan sistem mild hybrid untuk V-Class, Vito Tourer dan Vito Mixto.

 

Mercedes-Benz Vito 2024

 

Varian dan harga

Mixto 

  • 46,210.80 euro (RM232,968)
  • 47,074.02 euro (RM237,308) - Van panel

Vito Tourer

  • 57,924.44 euro (RM292,007)

eVito

  • 63,438.90 euro (RM319,812)
  • 68,397.63 euro (RM344,850) - Tourer

EQV

  • 75,410.00 euro (RM380,256)

V-Class

  • 59,469.00 euro (RM299,873)

V-Class Marco Polo

  • 80,005.00 euro (RM403,473)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…