119 penerbangan dijangka tiba di seluruh negara bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lapangan terbang di seluruh negara dijangka menerima sebanyak 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula pintu sempadan negara esok, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo berkata, berdasarkan jadual penerbangan yang sudah difailkan, dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menerima 110 penerbangan, antaranya adalah dari Hong Kong, Incheon, Melbourne, New Delhi, Doha, Istanbul dan London.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) menerima sebanyak tujuh ketibaan penerbangan, lima adalah dari Singapura dan dua dari Taipei, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Ipoh (IPH) masing-masing menerima satu penerbangan dari Singapura, katanya.

 

"Ketika industri penerbangan hendak memulakan semula operasi secara selamat dan mampan, CAAM dan pihak berkepentingan industri mesti bekerjasama untuk melaksanakan langkah yang wajar untuk memulakan semula operasi bagi memastikan mengambil pendekatan yang selamat.

 

"Ini akan membantu memastikan pengoperasian semula dan pemulihan dalam operasi pengangkutan udara dengan amalan kebiasaan baharu dipertimbangkan dengan mendalam dan dilaksanakan secara berstruktur," kata Voo.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, lapangan terbang di seluruh negara sudah bersedia untuk memastikan pengalaman yang selamat dan lancar untuk semua pengguna lapangan terbang sebaik sahaja pintu sempadan dibuka semula bermula hari ini.

 

Beliau berkata, pihak berkuasa sudah bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan lapangan terbang untuk memastikan protokol dan prosedur kesihatan di lapangan terbang dipermudahkan demi keselesaan penumpang.

 

"Sejak beberapa minggu lalu, kami sudah mengadakan libat urus secara harian dengan pelbagai pihak berkepentingan lapangan terbang untuk memastikan operasi lapangan terbang berjalan seperti mengikut jadual.

 

"Kami mengambil perhatian terhadap semua perkara. Kami bukan sahaja melihat semua aspek perjalanan penumpang, kami juga memastikan pematuhan kepada semua perkara berkaitan kawal selia penerbangan," katanya.

 

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk memendekkan proses dokumentasi semasa ketibaan dengan meminta penumpang melengkapkannya pada aplikasi MySejahtera sebelum berlepas dari negara asal mereka.

 

Kawasan beratur di kaunter Imigresen telah diubah menjadi lebih luas untuk keselesaan penumpang dan e-gate Imigresen juga tersedia untuk digunakan oleh warganegara Malaysia untuk pelepasan yang lebih cepat.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
Kedudukan tersebut menyaksikan KLIA telah turun empat anak tangga dari kedudukan sebelumnya iaitu…
Berita Domestik
Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata lapangan terbang itu akan direka bentuk semula…