1,319,351 KENDERAAN BAHARU DIJUAL DI RUSIA, MENINGKAT 60 PERATUS PADA 2023

oleh Firdaus Razani|
MENURUT Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Rusia pada Jumaat lalu, jualan kenderaan baharu pada tahun 2023 di Rusia meningkat sebanyak 60 peratus berbanding pada tahun 2022.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Sebanyak 1,319,351 kenderaan bermotor baharu termasuk kenderaan komersial ringan, trak dan bas telah dijual negara tersebut. 1,056,397 daripada jumlah tersebut adalah kereta.

Menurut kementerian itu juga, separuh daripada kenderaan baharu yang dijual pada tahun itu, ia adalah hasil pengeluaran dalam negara.

Angka yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut menunjukkan jualan kereta baharu meningkat sebanyak 62 peratus tahun ke tahun kepada 1.056 juta unit, manakala kenderaan komersial ringan menurun sebanyak 35 peratus kepada 105,000 unit.

Jenama Lada Granta mendahului senarai jualan kenderaan bermotor baharu di negara tersebut, dengan 191,074 kereta terjual pada 2023, diikuti Haval Jolion, dengan 48,980 kenderaan terjual dalam tempoh yang sama.

SUMBER : TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata wanita itu yang dikenal pasti sebagai gelandangan telah masuk ke Malaysia empat…
Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Informasi
Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk…