143 pesawat Boeing 737 diarah jalani pemeriksaan

oleh SALINA JALIL|
Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Boeing memeriksa 737 jet susulan insiden sebuah pesawat terhempas dan mengorbankan 62 orang di Indonesia, Januari lalu.


Menurut dokumen Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dilihat AFP, semua 143 pesawat Boeing 737-300, -400 dan -500 perlu diperiksa.

Modenas

 

Dokumen itu menyatakan, kegagalan 'flap synchro wire' susulan kegagalan komputer pendikit auto menguruskan daya tuju pesawat, 'boleh mengakibatkan pesawat hilang kawalan'.

 

Laporan interim pasukan penyiasat Indonesia pada Februari lalu, menyatakan pendikit jet menunjukkan 'anomali' (janggal), walaupun punca kemalangan itu dikatakan tidak jelas.

 

"Data awal siasatan kemalangan yang sedang dijalankan tidak menyokong kemalangan berpunca akibat kegagalan pendawaian 'flap synchro wire'," kata FAA.

 

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan itu 'perlu bagi mengatasi keadaan tidak selamat yang dikenal pasti', ditemui di pesawat dibina pada 1980-an dan 1990-an.

 

Pesawat Boeing 737 lebih moden, termasuk 737 MAX yang digantung selama 20 bulan selepas dua kemalangan maut, tidak terikat kepada perintah pemeriksaan itu.

 

"Boeing berfungsi bagi memastikan pesawat selamat dan memenuhi semua keperluan. Kami terus berkomunikasi dengan pelanggan dan FAA, selain terbabit dalam usaha berterusan untuk memperkenalkan peningkatan keselamatan dan prestasi di seluruh kumpulan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada AFP.

 

Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 terhumban kira-kira 3,000 meter, kurang dari seminit sebelum terhempas ke Laut Jawa pada 9 Januari lalu, beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta. Semua 62 penumpang dan kru maut

 

 

- AFP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
1. Berdasarkan nombor pendaftaran pada badan kapal terbang tersebut, ia bukannya sebuah kapal…
Berita Global
Salah seorang daripada juruterbang turut dilaporkan terbunuh akibat kejadian tersebut. Gambar awal…