Menurut laporan daripada CCTV, pesawat Boeing 737-89P itu membawa muatan 132 orang penumpang dan sembilan orang kru. Jumlah kematian masih lagi tidak diketahui.
Menurut Civil Aviation Administration of China (CAAC), pesawat tersebut terputus hubungan ketika melalui ruang udara bandar Wuzhou, wilayah Guangxi.
Data daripada FlightRadar24 menunjukkan penerbangan MU5735 itu berlepas dari bandar Kunming jam 1.11 petang dan kali terakhir pesawat itu dikesan pada jam 2.22 pm pada ketinggian 3,225 kaki dengan kelajuan 376 knots (696 km/j).
Sumber: Channels News Asia