15 kereta rosak dihempap bumbung

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Sebanyak 15 kereta rosak dihempap bumbung tempat letak kenderaan yang roboh akibat ribut di Hospital Teluk Intan (HTI) di Teluk Intan, hari ini.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.20 petang daripada seorang wanita yang juga kakitangan hospital berkenaan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Katanya, bumbung berkenaan menghempap kereta milik mangsa menyebabkan cermin hadapan keretanya pecah dan hadapan kenderaan kemek.

 

"Siasatan mendapati parkir berbumbung kenderaan kakitangan HTI dan bumbung pejalan kaki sepanjang kira-kira 30 meter roboh dilanda ribut kencang, ketika hujan lebat.

 

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, HTI sudah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan berkenaan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, sebanyak 50 notis PG1 iaitu larangan penggunaan…
Berita Domestik
"Kalau berlaku kehilangan lesen ataupun cukai jalan itu tidak men jadi masalah sekarang ini kerana…
Berita Domestik
Tanah runtuh berketinggian 10 meter itu telah menyebabkan sebuah lori pikap dan sebuah kereta…