“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan.
“Pihak itu hanya menukar tombol kunci pintu namun kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama,” katanya.
Menurutnya, kereta itu kemudiannya dibawa sekali lagi ke pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan dan dipandu uji kali kedua.
“Pengurus pusat kenderaan berkenaan mengesahkan ada bunyi tidak normal pada kenderaan tersebut.
“Dia maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke pusat servis utama iaitu Honda Malaysia.
“Ini kerana dakwanya, cawangan berkenaan tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti daripada Honda Malaysia,” katanya.
Dakwanya, selepas itu SUV berkenaan dihantar ke Honda Malaysia namun tiada langsung khabar berita mengenai statusnya.
“Ayah menghubungi semula pengurus tersebut dan dia maklumkan sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.
“Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya namun tempoh jaminan daripada Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.
“Kemudiannya ayah berhubung dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia yang memaklumkan kes itu akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak cawangan,” luahnya,
Ahmad Shah berkata, selepas disiasat, rupanya mengikut laporan dibuat, tiada langsung dinyatakan mengenai bunyi pelik tersebut sebaliknya pihak itu hanya nyatakan ada isu tayar sahaja.
“Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti namun akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak,” katanya.
Sejak kebelakangan ini viral di media sosial tentang kerosakan kenderaan yang baharu dibeli, bermula dari Perodua Bezza dan pada minggu lepas Honda HR-V. Apa tindakan seterusnya dari pihak terlibat sama-sama kita tunggu jalan penyelesaian pada masalah yang terjadi.