2 WARGA NEW ZEALAND SERANG ANGGOTA POLIS DI PHUKET TELAH DITAHAN

oleh Firdaus Razani|
Dua lelaki New Zealand ditahan di Phuket selepas mereka didakwa menyerang seorang anggota polis dan merampas pistol anggota polis tersebut apabila mereka diarahkan berhenti ke tepi jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan dari Balai Polis Chalong, Hamish Day, 36, dan Oscar Day, 38, didakwa menunggang motosikal mereka pada kelajuan tinggi di kawasan komuniti di Chalong, selatan Phuket, pada 16 Mac lalu.

Kedua-dua lelaki tersebut merupakan adik beradik, menurut The New Zealand Herald.

Pada awalnya, mereka diminta untuk berhenti tetapi sebaliknya arahan tersebut diendahkan dan terus melarikan diri, kemudian Leftenan Polis Somsak Noo-iad mengejar mereka.

Adik-beradik itu akhirnya memberhentikan motosikal mereka tetapi meninggikan suara pada Lt Somsak, yang merakam kejadian itu dengan telefon bimbit.

Kemudian lelaki terbabit menyekat rakaman telefon bimbit dan merebahkan pegawai polis ke atas tanah, lapor Bangkok Post.

NZ Herald berkata salah seorang lelaki itu kemudian merampas pistol Lt Somsak dan Bangkok Post melaporkan bahawa senjata api itu terlepas semasa pergelutan.

Lelaki itu kemudian merampas pistol dan menyerahkannya kepada lelaki lain yang berdiri berdekatan.

Gambar yang tular tersebut menunjukkan seorang lelaki berada di atas seorang anggota polis, dengan lengannya di leher pegawai itu dan seorang lagi lelaki memegang pistol berdiri berhampiran mereka.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya ditahan apabila anggota polis lain tiba di tempat kejadian.

Mereka menghadapi pertuduhan merompak, menghalang tugas polis, serangan fizikal terhadap anggota polis, memandu tanpa lesen, dan rasuah, lapor Bangkok Post pada 17 Mac.

Akhbar itu, memetik Ketua Balai Polis Chalong, berkata lelaki itu cuba merasuah polis selepas mereka ditangkap tetapi ditolak.

Lt Somsak, yang menerima rawatan pesakit luar kerana kecederaan pada lengan dan jarinya, akan diberi ganjaran, katanya.

 

 

SUMBER : TheStraitsTimes , Youtube NewsHub

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Newshub, Hipkins berkata Allan terlibat dalam kemalangan kereta di Evans Bay Parade…
Berita Global
Unit hartanah yang terletak di 22 Dungloe Avenue, Flat Bush, Auckland itu mempunyai kemudahan…
Berita Global
Manakan tidaknya, enjin diesel asal 2.8 liter itu telah diberikan naiktaraf menjadikan angka output…