2.3 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang dari Kuala Lumpur

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kira-kira 2.3 juta kenderaan dijangka akan memasuki Pahang dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim, berkata pada Aidilfitri tahun lalu, kira-kira dua juta kenderaan memasuki Pahang.

Justeru, katanya, pengguna jalan raya dinasihati mematuhi peraturan dan meningkatkan tahap kesabaran sepanjang pemanduan.

"Sebaiknya memandu dalam keadaan sihat dan jika mengantuk, berhenti seketika dan berehat untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

"Antara faktor berlaku kemalangan kerana tidak sabar dan insya-Allah akan selamat tiba ke destinasi jika mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Razali berkata ditemui media sempena kempen Op selamat di Jalan Kuantan-Kuantan, dekat Inderapura pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Pengarah Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin.

Sementara itu, Yahaya berkata, pelaksanaan Ops Selamat akan diadakan bermula 8 hingga 13 April ini.

"Bagi Op Lancar pula, ia bermula pada 5 dan 8 April serta 13 dan 14 April ini bagi kelancaran lalu lintas kerana menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat.

"Kita harap aliran trafik berjalan lancar pada tarikh berkenaan," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak kami mendapati gangguan sistem berlaku secara 'on/off' dari semasa ke semasa, walaupun tiada…
Berita Domestik
Pemandu kenderaan yang merakam aksi kanak-kanak tersebut dilihat membunyikan hon beberapa kali ke…
Berita Domestik
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka…