Perkara tersebut merupakan pencapaian penting untuk smart Malaysia dengan pelancaran rangkaian cawangan pengedar smart baharu di Kota Kinabalu, Sabah bagi memenuhi keperluan komuniti peminat kenderaan elektrik di Malaysia Timur.
Selain daripada Kota Kinabalu, Sabah, smart berkomitmen terhadap mobiliti yang mudah diakses dan berpusatkan komuniti di perluaskan ke Petaling Jaya dan bandar Kuantan di Semenanjung.
smart turut mengumumkan perkongsian strategik dengan Fook Loi Eurocar Sdn Bhd untuk smart Kota Kinabalu, Naza Automotive Group untuk smart Petaling Jaya, dan Hoi Keen Service Sdn Bhd untuk smart Kuantan.
Perkongsian tersebut di rancang untuk menyelaraskan penggunaan kenderaan elektrik smart #1, serta memastikan ia menjadi pengalaman yang lancar dan memuaskan kepada pelanggan di seluruh negara.
Selain itu, rakan kongsi terpilih berperanan penting dalam mewujudkan ruang bagi individu untuk meneroka produk dan perkhidmatan luar biasa, selain daripada menyediakan pilihan pengecasan yang mudah.
Tambahan itu, Fokus utama adalah terhadap kestabilan melibatkan peningkatan kedua-dua stesen pengecasan AC dan DC dengan memastikan pengecasan yang cepat dan efisien untuk pemilik smart dan orang awam secara umum.
Selain daripada proses penjualan, smart Malaysia mengutamakan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang.
Penasihat terlatih smart Malaysia di sekitar bilik pameran fizikal, komited untuk menawarkan kepakaran dan sokongan, memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeronokkan.
Operasi Cawangan smart yang baharu ini secara rasmi akan bermula pada suku ketiga dan keempat tahun 2024.