24,000 firma asing bertapak di China separuh pertama 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari CNBC
China menyaksikan pertambahan pembukaan industri pelaburan asing pada separuh pertama tahun ini, lapor Xinhua.

Kira-kira 24,000 firma asing baharu bertapak di China pada separuh pertama tahun ini, menandakan peningkatan 35.7 peratus tahun ke tahun, Guo Tingting, naib menteri perdagangan, berucap pada sidang media.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelaburan langsung asing (FDI) di China, susut 2.7 peratus tahun ke tahun kepada 703.65 bilion yuan (kira-kira AS$98.46 bilion) pada separuh pertama.

Pelaburan dari negara maju terus berkembang, dengan pelaburan dari Perancis, United Kingdom, Jepun, dan Jerman meningkat masing-masing sebanyak 173.3 peratus, 135.3 peratus, 53 peratus dan 14.2 peratus.

"Penurunan sederhana dalam FDI tidak menjejaskan keyakinan berterusan firma asing terhadap prospek pembangunan China, dan trend keseluruhan pelaburan di China kekal tidak berubah," kata Zhu Bing, pegawai kementerian itu.

China akan terus menambah baik persekitaran perniagaannya untuk pelaburan asing kata Guo, sambil menambah kementerian akan mengekalkan komunikasi dan pertukaran dengan firma asing.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Asia Tenggara menawarkan potensi pertumbuhan yang baik dan dengan polisi serta ekosistem yang…
Berita Global
Namun, tindakan beliau itu mengundang kritikan keras sesetengah pemegang kepentingan di dalam…