Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5 hingga 9 April manakala menghala ke arah Barat dari 11 hingga 15 April.
“Anih Berhad telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan menyusun rancangan operasi yang strategik demi memastikan kelancaran lalu lintas terutamanya di zon-zon yang menjadi tumpuan.
"Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) telah dimuat naik di saluran media sosial serta laman sesawang kami untuk persiapan dan panduan pengguna lebuh raya pulang ke kampung atau bercuti sempena Aidilfitri ini.
"Para pengguna lebuh raya disaran untuk menyemak jadual tersebut bagi memastikan perjalanan lebih selesa, selamat dan efisien," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.