Senario yang sama juga berlaku kepada Porsche apabila jualan dua model SUV iaitu Cayenne dan Macan jauh meninggalkan jualan model tradisi dua pintu.
Pada 2019, jualan keseluruhan Porsche ialah sebanyak 280,800 unit di serata dunia. Jualan itu sepuluh peratus lebih tinggi berbanding 2018.
Jualan Cayenne sahaja menyumbang sebanyak 92,055 unit dan Macan lebih tinggi iaitu 99,944 unit. Masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 29 dan 16 peratus berbanding 2018.
Jualan SUV ialah sebanyak 191,999 unit atau mewakili 68 peratus daripada prestasi jualan keseluruhan 2019.
Pada tahun ini Porsche yakin untuk mengekalkan jualan tinggi dengan dibantu oleh model-model baharu termasuk Taycan, model sport elektrik 100 peratus.
Porsche mencatatkan pertumbuhan kukuh di Eropah dan negara asalnya, Jerman. Jualan di Eropah ialah sebanyak 89,975 dan 31,618 unit di Jerman sahaja.
Di dua pasaran terbesar dunia iaitu China ialah sebanyak 86,752 unit manakala di Amerika Syarikat sebanyak 61,568 unit. Jualan pada 2018 di China ialah sebanyak 80,108 dan AS sebanyak 57,202 unit.
Dengan prestasi yang ditunjukkan Lamborghini dan Porsche maka jelas bahawa untuk maju, pengeluar perlu tumpukan pada segmen SUV.
Secara tradisinya ia 'merosakkan' warisan namun apa yang penting ialah survival supaya boleh terus wujud di dalam dunia automotif yang mencabar.
Berikut ialah jualan Porsche AG mengikut pasaran pada 2018 dan 2019:
PORSCHE AG | 2018 | 2019 | Perbezaan |
Global | 256,255 | 280,800 | 10% |
Eropah | 77,216 | 88,975 | 15% |
Jerman | 27,541 | 31,618 | 15% |
Amerika | 70,461 | 75,367 | 7% |
USA | 57,202 | 61,568 | 8% |
Asia-Pasifik, Afrika dan Timur Tengah | 108,578 | 116,458 | 7% |
China | 80,108 | 86,752 | 8% |
Penulis: Muhammad Md Tajudin