Salah satu daripada 17 unit Porsche 911 Turbo S 1994 untuk dibida, dari RM4.75 juta

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, Porsche 911 generasi 964 merupakan antara model klasik Porsche yang masih lagi mempunyai golongan pengikutnya yang tersendiri dalam era moden.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk melancarkan model edisi istimewa 911 Turbo S yang sangat terhad, di mana hanya 93 unit sahaja yang diproduksikan.

Daripada jumlah tersebut, hanya 17 unit dihasilkan dengan muka tradisional 911, manakala selebihnya didatangkan dengan opsyen flachbau 'slant nose' yang diinspirasikan daripada Porsche 935.
 

911


Salah satu daripada 17 unit tersebut kini sedia untuk berpindah milik berdasarkan iklan yang tersenarai di laman Broad Arrow Auctions. 

Difahamkan ia juga merupakan salah satu daripada 17 unit 911 Turbo S "Package" yang dibawa masuk ke pasaran Amerika Utara.
 

911


911 Turbo S ini memiliki jarak perbatuan yang agak rendah, iaitu sekitar 21,940 batu (35,300 km) sahaja.

Ia dilayangkan dengan warna hitam yang asal, diikuti dengan ruang kabin yang menampilkan kemasan warna 'triple black' yang sama.

Ciri unik yang wujud pada bahagian luaran termasuklah rim Speedline bersaiz 18 inci, liang tidak simetri pada fender belakang, serta splitter hadapan.
 

911


Dari kilang, Porsche 911 Turbo S ini datang dengan enjin enam silinder mendatar 3.6 liter yang dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan, pembeza gelincir terhad ZF, serta pakej X88 Performance yang mampu melonjakkan angka kuasa kuda kepada 380 hp dan 520 Nm.

Harga bidaan untuk sebuah 911 Turbo S "Package" ini dianggarkan bermula dari $1 juta hingga $1.2 juta (RM4.79-RM5.75 juta).

Sumber: Broad Arrow Auctions

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menggandingkan input yang diperoleh daripada projek Singer yang terdahulu iaitu Dynamic and…
Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Singer dikatakan akan menghentikan produksi model klasik Porsche…