3 maut dilanggar warga emas di Mambau

oleh HEZERI SAMSURI|
Tiga maut termasuk seorang pejalan kaki apabila mereka dilanggar oleh seorang warga emas di dalam kejadian yang berlaku di Kampung Mambau, Seremban pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim, sebuah Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 61 tahun sedang menghala ke Mambau dari Seremban apabila beliau termasuk ke laluan bertentangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta Myvi itu melanggar sebuah motosikal Demak yang ditunggang oleh dua orang berusia 44 dan 38 tahun. 

Impak tersebut menyebabkan Myvi itu terpusing dan melanggar seorang wanita berusia 42 tahun yang sedang berjalan kaki di tepi jalanraya tersebut.

Kesemua mangsa mati dilokasi kejadian. Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

* Berita asal dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…