Tragedi konvoi sahur dari Singapura - 2 maut dirempuh lori.

oleh Firdaus Razani|
Konvoi lapan lelaki warga Singapura untuk bersahur di Kota Laksamana, Melaka bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas motosikal dirempuh lori kontena dalam kemalangan di Kilometer 111.4, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Yong Peng, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika lapan lelaki asing terbabit menunggang motosikal secara konvoi dari Singapura untuk bersahur.

Menurutnya, laporan polis diterima jam 3 pagi yang menyatakan bahawa semasa dalam perjalanan, tayar salah satu motosikal ditunggang pancit dan penunggangnya berhenti di Rehat dan Rawat (RnR) Yong Peng.

"Menyedari kejadian, tujuh penunggang di hadapan memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan.

"Sejurus kemudian, lori kontena dari arah sama dipandu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, hilang kawalan lalu memasuki laluan kecemasan.

"Lori itu kemudian merempuh kumpulan konvoi terbabit menyebabkan dua daripadanya maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, kedua-dua mangsa maut berusia 26 tahun manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Katanya lagi, pemandu lori bersama bersama kelindan berusia 29 tahun serta salah seorang penunggang konvoi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu lori kontena sudah reman tiga bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan. Ujian air kencing terhadap terhadap pemandu lori dapati negatif," katanya.

Daripada info yang Careta terima, kumpulan konvoi tersebut merupakan kumpulan motosikal skuter Yamaha XMax dari Singapura dan Johor Bahru yang ingin hadir ke acara Mega Ride Sahur XMax di Melaka.

 

SUMBER BERITA : HarianMetro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut rakan mereka, Muhammad Arashid Ramli, 39, berkata, dia menerima khabar duka itu daripada…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kesemua mangsa berkonvoi…
Berita Domestik
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim…