30 orang terkorban dalam kebakaran stesen minyak di Rusia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada Isnin lepas, kebakaran di sebuah stesen minyak di wilayah selatan Rusia, Dagestan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk tiga kanak-kanak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah kanak-kanak.

Kebakaran dikatakan bermula di sebuah bengkel kereta di tepi jalan lebuh raya di ibu kota Dagestani Makhachkala pada malam Isnin dan menyebabkan letupan ketika ia merebak ke stesen pengisian berhampiran.

 

2

 

Kementerian perkhidmatan kecemasan Rusia berkata, "Semasa operasi menyelamat di Makhachkala, mayat tiga lagi mangsa ditemui,"

"Menurut maklumat terkini, akibat kebakaran di stesen minyak itu 105 orang cedera, dan daripada jumlah itu, 30 maut."

Menurut laporan media Rusia TASS, anggota bomba mengambil masa lebih 3 jam setengah untuk memadamkan api yang merebak ke kawasan seluas 600 meter persegi itu.

 

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…
Berita Domestik
Beam menyatakan perasaan lega kerana tiada orang yang tercedera dalam kejadian itu, dan mereka akan…