34 individu berbasikal disaman di Singapura

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Facebook LTA
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menyaman 34 individu berbasikal kerana melanggar peraturan jalan raya kelmarin dan semalam.


Menurut kenyataan LTA dalam Facebook semalam, mereka dikesan tidak bertanggungjawab kerana berbasikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar atau tidak berhenti di lampu isyarat, termasuk dua individu berbasikal bertentangan dengan arus trafik.

 

Mereka disaman di beberapa lokasi di Singapura oleh pegawai LTA yang disertai oleh pegawai Polis Trafik semasa operasi penguatkuasaan dijalankan yang memberi tumpuan kepada pengguna alat mobiliti peribadi (PMD), lapor agensi berita CNA.

 

"Dari AYE (Ekspreswe Ayer Rajah) dan Lebuh Raya West Coast hingga ke Bukit Timah dan Tanah Merah Coast Road, kami memanfaatkan peluang ini untuk menyampaikan mesej berbasikal dengan selamat dan bertindak tegas terhadap individu berbasikal yang tidak bertanggungjawab.

 

"Meskipun ramai yang mematuhi undang-undang, kami mendapati 16 individu berbasikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar dan lagi 16 tidak berhenti di lampu trafik.

 

"Dua lagi pula mengayuh basikal mereka bertentangan dengan arus trafik, " menurut agensi itu.

 

LTA turut mengingatkan orang ramai walaupun aktiviti berbasikal adalah 'cara yang baik untuk menjaga kesihatan sambil meneroka Singapura' dan sedia maklum bahawa semakin ramai orang yang mengamalkan kaedah yang 'lebih mesra alam' namun, mereka juga sepatutnya menjaga keselamatan di jalan raya.

 

- AGENSI/Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi terbaharu X-Trail itu membawakan rekaan jeriji V-motion yang lebih moden, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sejak 2022, pengguna Touch ‘n Go eWallet sudah boleh membuat pembayaran untuk produk dan…
Informasi
  Menurut agensi itu, semakan akan melibatkan semua kategori kenderaan kecuali motosikal.   LTA…