Sistem perangkap had laju pada kamera lampu merah dihidupkan secara 'berperingkat' mulai 1 April

oleh Penyumbang Rencana|
Kamera lampu merah yang mampu mengesan pemandu yang memecut akan diaktifkan di seluruh Singapura secara "progresif dan dinamik" mulai Isnin (1 April).

Lokasi yang lebih terdedah kepada kemalangan atau di mana pemandu sering melanggar lampu merah akan diutamakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan melanggar lampu merah.

Ia akan dicat warna jingga dan putih supaya dapat dilihat dengan jelas.

Papan tanda amaran yang tertera had laju juga akan diletakkan sebelum setiap zon penguatkuasaan kamera trafik.

Setakat Disember lalu, sebanyak 252 kamera lampu merah diletakkan di seluruh Singapura.

Fungsi penguatkuasaan kelajuan pada kamera lampu merah itu dihidupkan 'untuk memperbaiki tingkah laku para pemandu' setelah jumlah kemalangan maut berkaitan perbuatan memecut naik lebih 83.3 peratus tahun lalu berbanding 2022, menurut polis pada Sabtu (30 Mac).

Purata kemalangan maut akibat perbuatan memecut juga meningkat kepada 25.2 peratus pada 2023 daripada 17.3 peratus pada 2022.

Polis menukil pelanggaran had laju sebagai satu lagi sebab fungsi tersebut dihidupkan.

Jumlah pemandu memecut yang dikesan oleh kamera penguatkuasaan trafik merosot sebanyak 28.6 peratus daripada 73,152 kes pada 2022 kepada 52,237 kes pada 2023.

Namun, jumlah kes pelanggaran had laju yang dikesan oleh operasi penguatkuasaan polis naik sebanyak 22 peratus, daripada 52,016 kes pada 2022 kepada 63,468 kes pada 2023.

"Ini menunjukkan walaupun kamera penguatkuasaan trafik berkesan mencegah pemandu daripada melanggar had laju, para pemandu masih memilih untuk memecut di kawasan di mana mereka fikir ia tidak dipantau," menurut polis.

Polis Trafik Singapura juga menggesa para pemandu supaya tidak memecut, walaupun di tempat-tempat tanpa kamera had laju statik, sambil menambah mereka akan "mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap para pemandu yang berulang kali pilih untuk melanggar peraturan lalu lintas, termasuk memandu dengan laju".

 

MediaCorp

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Ini termasuk pelawat yang memasuki Singapura di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan…
Berita Global
Walaupun kesemuanya bukan model yang serba baharu, tetapi ia menampilkan perubahan-perubahan yang…