Kini, McLaren berjaya memecahkan rekod terdahulu dengan sebuah prototaip model produksi Speedtail (XP2) dengan kelajuan terpantas 250 batu sejam (403 km/j) di jalan lurus Johnny Bohmer Proving Ground di Kennedy Space Center.
McLaren Speedtail hanya akan diproduksikan dalam 106 unit terhad dan fasa penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada bulan Februari 2020.
Menggunakan trenkuasa hibrid yang merangkumi enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar dan sebuah motor elektrik, tetapan ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,055 kuasa kuda dan 1,150 Nm daya kilas.