5 bandar dengan trafik paling sesak di dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesesakan lalu lintas bukanlah perkara baharu.

Penambahan kenderaan adalah punca utama kerana jalan yang seluar 14 padang bola pun akan sesak jika jumlah kenderaan terlalu banyak.

Menurut TomTom, antara pakar navigasi dan kawalan trafik terulung di dunia, data-data terbaharu mereka membuktikan banyak negara-negara dunia ketiga sudah mula menampakan masalah lalulintas yang ketara.

Ada juga negara yang sedang membangun, seperti India, di mana pengukuhan ekonomi negara membolehkan rakyatnya membeli lebih banyak kenderaan.

Di bawah ialah senarai lima bandar dengan jalanraya paling sesak di dunia bagi tahun 2018.

 

5. Moscow, Rusia 
Dengan kadar kesesakan setinggi 56 peratus, Moscow sebenarnya semakin kurang sesak kerana ia melihat penurunan sebanyak 1 peratus berbanding dengan tahun 2017.

Tarikh paling kurang sesak di Moscow tahun lalu ialah pada 1 Januari dan hari yang paling sesak pula alah pada 24 Disember.

 

4. New Delhi, India
Duduk pada tangga keempat bandaraya dengan trafik paling sesak di dunia dengan kadar 58 peratus, ibu negara India ini juga mencatatkan penurunan sebanyak 4 peratus berbanding dengan tahun 2017.

Kajian TomTom mendapati New Delhi lebih sesak pada sebelah petang (95 peratus) berbanding dengan waktu pagi (73 peratus).

Ini sebenarnya normal untuk kebanyakan bandaraya.


3. Lima, Peru
Dengan kadar peratusan kesesakan jalanraya setinggi 58 peratus (sama dengan New Delhi), jalanraya di Lima sebenarnya semakin sesak berbanding dengan tahun 2017 (peningkatan 8 peratus).

Kesesakan di sebelah pagi untuk bandaraya di Peru ini ialah setinggi 88 peratus, dan di sebelah petang, ia meningkat kepada 104 peratus.

Ini bermakna jalanraya di sana memang sesak sentiasa!


2. Bogota, Colombia
Di tangga kedua dengan kadar kesesakan jalanraya pada 63 peratus, bandaraya di Amerika Selatan ini mengalami kenaikan 1 peratus berbanding tahun 2017.

Hari paling tidak sesak untuk Bogota tahun lalu ialah pada 30 Mac, dengan kadar trafik hanya enam peratus! 

Paling sesak ialah pada 7 Disember, di mana kesesakan meningkat kepada 98 peratus.

Seperti Lima, jalanraya di Bogota sesak siang dan malam. Anda terpaksa bertapa di dalam kenderaan untuk tambahan 31 minit (purata) jika memandu di sebelah petang.


1. Mumbai, India
Ini ialah bandaraya dengan jalanraya yang paling sesak di dunia untuk tahun 2018.

Walaupun kadar kesesakan jalanraya di sana ialah setinggi 65 peratus, ia sebenarnya turun 1 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Hari paling lengang untuk Mumbai tahun lalu ialah pada 2 Mac (16 peratus), sementara hari di mana trafik melampau ialah pada 22 Ogos, dengan 111 peratus kesesakan jalanraya.

Kesesakan jalanraya di sebelah siang pula berada pada tahap 80 peratus sementara di sebelah petang, ia meningkat kepada 102 peratus.


 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pakar kejuruteraan trafik, Dr. Law Teik Hua berkata, daripada usaha untuk melebarkan jalan…
Berita Domestik
Kemalangan maut pula dipercayai berlaku kerana sikap pemanduan yang tidak berhemah. Namun begitu,…
Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman…