Lebih setengah juta pengembara lalui pusat pemeriksaan darat Singapura pada Khamis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kira-kira 510,000 pengembara melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands serta Tuas di Singapura, pada Khamis, menjelang cuti panjang hujung minggu sempena Good Friday.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam hantaran menerusi Facebook, hari ini, memaklumkan ia adalah jumlah tertinggi pengembara menggunakan pusat pemeriksaan darat berkenaan dalam sehari, setakat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, lalu lintas dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu, pada Jumaat dan Sabtu.

Malah, katanya, lalu lintas juga dijangka sesak pada Ahad ini apabila pengembara pulang selepas keluar dari Singapura.

"Justeru, pengembara yang menggunakan pusat pemeriksaan darat terbabit dinasihatkan mengambil kira masa menunggu untuk pelepasan imigresen," katanya.

ICA sekali gus berharap pengembara memahami dan memberikan kerjasama dengan bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, memandu mengikut lorong dan bekerjasama dengan petugas di lokasi, apabila melalui pusat pemeriksaan berkenaan nanti.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…
Informasi
Ia berkata untuk menggunakan Kod QR untuk pelepasan imigresen, pengembara perlu memuat turun…
Informasi
  "Penunggang motosikal yang merancang untuk berlepas dari Singapura, dinasihat menggunakan Pusat…