5 fakta menarik Huracán STO, cuci kaki terus!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Huracan STO
Lamborghini Huracan STO
Berita mengenai model-model baharu Lamborghini memang banyak dikeluarkan. Hakikatnya ialah Lamborghini hanya mempunyai model utama iaitu Aventador, Huracán, Urus dan unit terhad Sián.

Model-model yang ditawarkan atau kerap diberitakan adalah berpaksi kepada tiga model utama tersebut.

Ini bermakna Lamborghini sentiasa bereksperimen dengan model sedia ada dan aktif menawarkan varian istimewa untuk pelanggan.

Satu varian yang baru dilancarkan ialah Huracán STO (Super Trofeo Omologata) pada November 2020. Ini bukan varian yang hanya bermain dengan warna atau kemasan dalaman.

Ia adalah kereta yang dihomologasi untuk jalanan dengan pengaruh model lumba Lamborghini Huracán EVO Super Trofeo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
lamborghini-huracan-sto-official-32

 

Model itu dibangunkan Lamborghini Squadra Corsa untuk siri perlumbaan Lamborghini dan ada sebuah lagi yang mempengaruhi Huracán STO iaitu Huracán EVO GT3.

Model itu mencatatkan kejayaan gemilang dengan tiga kali menjuarai perlumbaan 24 Jam Daytona dan dua kali 12 Jam Sebring.

Senang cerita, Huracán STO sudah siap dinaiktaraf di kilang. 

Huracán STO dikuasai enjin 5.2 liter V10 dengan output 640 hp dan tork 565 Nm pada 6,500 rpm.

Jentera itu digerakkan roda belakang (RWF) dan berupaya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa tiga saat sahaja.

Pecutan dari 0 hingga 200 km/j memerlukan sembilan saat manakala kelajuan maksimum mencecah 310 km/j.

Berikut pula lima perkara menarik mengenai Lamborghini Huracán STO:

1. COFANGO dan maksudnya

 

Lamborghini Huracán STO

 

Cofango sebenarnya gabungan dari dua perkataan Itali iaitu cofano (hud) dan parafango (fender). Ia merujuk kepada hud, fender dan bampar depan yang digabungkan sekali.

Maknanya hud fender dan bampar depan diangkat atau dibuka secara bersama.  

Rekaan itu dihasilkan oleh jurutera Lamborghini dan diilhamkan dari model klasik Miura dan model baharu Sesto Elemento.

Cofango pada Huracán STO diperbuat dari gentian karbon yang sangat ringan. 

2. Tiga saat untuk tukaran mod

Huracán STO mempunyai tiga mod pemanduan baharu iaitu STO (normal), Trofeo (perlumbaan) dan Pioggia (hujan atau basah) yang boleh menyesuaikan tetapan kereta untuk pemanduan berprestasi.

3. Tiga kali pusing dunia melalu ujian simulator

 

Lamborghini Huracán STO

 

Walaupun Huracán STO asasnya adalah sebuah Huracán, bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah memandu menggunakan ujian simulator pada jarak bersamaan tiga kali mengelilingi dunia sebelum memulakan ujian jalanan.

Teknologi simulator canggih membolehkan jurutera Lamborghini menjimatkan masa bagi kawalan kualiti, masa pendulu (lead time) dan emisi dengan verifikasi bagi setiap komponen kereta mematuhi sepenuhnya standard semasa peringkat pembangunan, pengesahan dan pengujian yang berbeza.

4. Ada lebih 2,750 komponen!

Inilah jumlah komponen bagi menghasilkan Huracán STO di kilang Sant’Agata.

5. Telemetri dengan sambungan kamera dan sistem awan (cloud) Lamborghini

 

Lamborghini Huracán STO

 

Data! Data! Data! Ini adalah aspek penting di dalam dunia perlumbaan. 

Huracán STO dilengkapi sistem telemetri canggih yang menghubungkan kereta dan kamera dalaman dengan Connected Cloud Lamborghini dan aplikasi Lamborghini UNICA.

Melalui sistem penganalisaan data intuitif dan video dengan widget khas, aplikasi eksklusif itu boleh menjadikan pemandu seperti jurutera litar sebenar.

Pembangunan teknologi ini pada aplikasi Lamborghini UNICA memerlukan lebih daripada barisan pengekodan (lines of code).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah ini melibatkan klip…
Gaya Hidup
Jentera yang garang itu memerlukan sesuatu untuk digandingkan, dan pengeluar jam Swiss Roger Dubuis…
Berita Global
Tayar Potenza berprestasi tinggi yang dibina khusus untuk Huracan STO itu berupaya untuk…