5 SEBAB KENAPA CARSOME JADI PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA

oleh Mohamad Hanif|
Careta yakin ada dalam kalangan para pembaca yang pernah berdepan dalam situasi sebegini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cuba bayangkan, satu hari anda baru sahaja mendapat peluang pekerjaan di kawasan sekitar Lembah Klang.

Pada ketika itu, anda tidak mempunyai sebarang mod pengangkutan, dan kawasan kediaman pula mempunyai akses pengangkutan awam yang sangat teruk.
 

hujan


Dalam fikiran, anda mungkin memerlukan setidak-tidaknya sebuah kereta untuk perjalanan pergi dan balik dari kerja dengan selamat, dan dalam masa yang sama berlindung daripada keadaan cuaca panas dan hujan yang tidak menentu.

Hendak beli kereta baharu, anda mungkin terpaksa berdepan dengan tempoh menunggu sekurang-kurangnya tiga bulan, dan boleh jadi cecah setahun.

Jadi, apakah pilihan yang ada?

Ya, kereta terpakai! Uniknya di Malaysia, kita ada banyak pilihan, sama ada kedai fizikal mahupun laman dagang dalam talian, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
 

Carsome


Sudah pasti anda tertanya-tanya kenapa laman CARSOME menjadi pilihan utama 323,869* orang rakyat Malaysia untuk membeli dan menjual kereta.
*berdasarkan data pelanggan CARSOME terkumpul sejak 2018, setakat 23 Mei 2023

Sebabnya mudah sahaja.

1. Kualiti kereta terjamin - biarpun berstatus kereta terpakai

Di CARSOME, setiap kenderaan telah melalui proses pemeriksaan 175-titik yang ketat, bagi memastikan tiada kereta yang terlibat dalam kemalangan teruk dan juga mengalami kerosakan akibat kebakaran dan bencana banjir.

2. Harga jualan tetap, tiada caj tersembunyi

CARSOME menawarkan harga jualan yang sangat kompetitif, anda tidak perlu risau kerana harga tersebut sudah pun merangkumi cukai jalan, jaminan selama satu tahun, Yuran Pemindahan Hak Milik, Yuran Pemeriksaan PUSPAKOM dan Yuran Pemprosesan Pinjaman.

3. Jaminan pulangan wang 5 hari

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian sedia ada, usah risau kerana CARSOME ada menawarkan jaminan pulangan wang dalam tempoh lima hari.
Tiada soalan lanjut yang akan ditanya berkenaan sebab kenapa anda mengubah fikiran, sebab CARSOME bukannya CSI!

4. Jaminan satu tahun

Setiap kereta yang dijual di CARSOME akan dilindungi dengan waranti selama satu tahun yang merangkumi enjin, kotak gear, serta komponen sistem pendingin hawa.
Maklumlah, itu merupakan perkara mustahak yang tidak sepatutnya buat kepala anda pening, terutama memandu di jalan raya Malaysia dalam keadaan cuaca panas terik.

 

carsd


5. Yang paling penting, penghantaran segera!

Tidak seperti pengalaman membeli kereta baharu, anda sebenarnya tidak perlu berdepan dengan tempoh menunggu yang agak lama, sedangkan anda perlukan kereta idaman dengan segera.

Disebabkan setiap kenderaan di bawah CARSOME merupakan stok yang tersedia, CARSOME Certified mampu menawarkan proses penghantaran kenderaan yang serba pantas.

Malah, pembeli juga boleh memilih untuk mengambil sendiri kereta di CARSOME Experience Center yang terdekat, atau tunggu sahaja penghantaran kereta tersebut di depan pintu rumah masing-masing. Mudah bukan?
 

carscome


Untuk jangka masa terhad, CARSOME ingin menawarkan hadiah bernilai sehingga RM38,000 untuk rakyat Malaysia yang menjual atau membeli kereta menerusi CARSOME.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu melayari laman web CARSOME untuk mencari kenderaan idaman berdasarkan kriteria seperti jenama, julat bayaran bulanan yang anda mampu, jenis serta tahun kenderaan, serta pilihan warna yang tersedia.

Setelah selesai, anda boleh meninggalkan ulasan menerusi laman Facebook rasmi CARSOME, atau Google My Business. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CARSOME di mana anda boleh memulakan pencarian dengan sesi pandu uji, atau memuat turun aplikasi CARSOME untuk pengalaman pencarian mudah alih.

Dengan cara pembelian dan penjualan kereta di CARSOME yang terjamin, tidak menghairankan apabila lebih ramai rakyat Malaysia boleh berkata #CARSOMEPilihanku.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…