CHERY MALAYSIA JALINKAN KERJASAMA DENGAN CARSOME DAN AKADEMI CARSOME

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, Chery Malaysia bersama dengan syarikat e-perdagangan Malaysia dan Asia Tenggara, Carsome dan Akademi Carsome menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah Urusan CARSOME, Chris Ang Tee Wei semasa Taklimat Tahunan Perniagaan Chery pada 10 Januari 2024 lalu di Kuala Lumpur.

 

chery x carsome

 

Kerjasama antara dua jenama tersebut adalah untuk merevolusi pertukaran kereta dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam rangkaian wakil jualan jenama tersebut.

Perkara yang akan dilakukan adalah pelanggan perlu merujuk kepada CARSOME untuk melakukan pemeriksaan pada kereta serta tawaran harga bagi kenderaan yang hendak ditukar.

Kemudian selepas tawaran diterima, pelanggan boleh menyerahkan kereta lama mereka sebelum atau semasa mengambil kereta Chery yang baru.

Kerjasama strategik antara Chery dan CARSOME ini dijangka akan mengubah landskap automotif, menawarkan pelanggan kejelasan, kemudahan, dan nilai yang tiada tandingan dalam pengalaman memiliki kereta.

CARSOME turut menyertakan kempen istimewa kepada peniaga Chery dengan menawarkan tambahan RM500 di atas harga tawaran pertukaran untuk pelanggan mereka dari 15 Januari hingga 15 Februari 2024.

Sementara itu, MoU kedua bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah dalam rangkaian wakil jualan Chery Malaysia

Perjanjiaan tersebut ditandatangani oleh Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery Auto Malaysia, Soon Boon Ping, dan Pengasas Bersama CARSOME dan Pengarah Akademi CARSOME, Jiun Ee Teoh.

 

Perjanjian di antara Chery Auto Malaysia dan Akademi CARSOME akan memberi tumpuan kepada empat aspek:

Peningkatan Kemahiran Tenaga Kerja: Meningkatkan kemahiran tenaga kerja Chery melalui program latihan khusus.

Program Pemeriksaan Kenderaan Peneraju Skil: Memperluaskan Program Pemeriksaan Kenderaan Peneraju Skil untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja Chery.

Latihan & Penempatan: Menyediakan latihan di tempat kerja dan penempatan pekerjaan di Chery untuk pelajar Akademi CARSOME di bawah model Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Inisiatif Pemasaran: Terlibat dalam inisiatif pemasaran yang disepakati bersama untuk memupuk kerjasama dan pertumbuhan.

 

Menurut Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wee Hsiang berkata “Kerjasama dengan CARSOME akan memberi manfaat dan penting bagi pengedar kenderaan Chery kami, terutama dengan peningkatan pelanggan yang ingin menukar kereta lama mereka dengan kereta Chery yang baru,”

Selain itu, dengan rancangan untuk memperluaskan pusat pameran kepada 48 cawangan menjelang akhir 2024, peningkatan dalam tenaga kerja, termasuk wakil jualan dan pengurus jualan akan berlaku.

Oleh itu, untuk memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan pelanggan menjadi keutamaan Chery untuk memastikan kejayaan berterusan jenama Chery.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…