Acara berbasikal ‘Jom Kayuh Mesra Alam’ Proton meriah

oleh DIANA ISMADI|

Seramai 1,500 peminat berbasikal dan rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar serta mementingkan kesihatan telah mengambil bahagian dalam acara berbasikal “Jom Kayuh Mesra Alam” yang julung kali diadakan semalam.

Acara tersebut merupakan anjuran bersama Proton Holdings Bhd dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (“BMMB”) yang telah berlangsung di Proton City, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Photo 1 (1)

Selebriti ternama tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Amy Search turut dijemput untuk berbasikal bersama peserta lain dan memeriahkan lagi acara.

Karnival ini dijalankan sehingga tengah hari dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk dinikmati oleh seluruh ahli keluarga yang turut serta. Pelbagai hadiah juga telah diberikan kepada pemenang bertuah, yang terdiri daripada pakej percutian, aksesori berbasikal, hamper dan barangan elektrik.

Photo 3
Photo 5

 

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membuat penganjuran bersama Bank Muamalat sebagai salah sebuah syarikat dalam Kumpulan DRB-HICOM. Bukan sahaja kita dapat menarik penyertaan orang ramai untuk acara ini, tetapi kita juga dapat menggalakkan kakitangan daripada kumpulan DRB-HICOM untuk melibatkan diri dalam melakukan aktiviti yang menjurus kepada gaya hidup yang sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali.

Photo 4
Photo 2

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, Proton telah berjaya pulih semula daripada permulaan yang perlahan pada suku kedua…
Berita Domestik
Selain menerapkan teknologi mesra alam dengan dilengkapi sistem solar, pusat 3S baharu itu juga…
Berita Domestik
Ia sekaligus membuka peluang untuk PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di…