Proton Waja terbabas, terbalik selepas 'aksi' pandu melulu, himpit

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari video tular
Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Ahad.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komissioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.

"Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berkenaan mengalami kecederaan.

"Kedua-dua mangsa terlibat berumur 50-an dan 30-an mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

"Mereka bagaimanapun disahkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Isnin, tular video di media sosial kemalangan melibatkan sebuah kenderaan setelah dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain.

Video di bawah:

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…