Accord garang dari Beranang

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Accord ialah sedan segmen D yang paling popular di Malaysia.

Accord lebih menjerumus ke arah kemewahan dan keselesaan. Jika prestasi yang dicari, pastinya model Civic ialah calon terbaik.

Namun begitu, keluarga Accord sebenarnya mempunyai sejarah model-model berdasarkan prestasi juga. 

Accord Type R contohnya mula muncul di Jepun dan di Eropah. Menggunakan enjin H22A "red top" dengan 220 PS pada 7,200 rpm dan 221 Nm pada 6,500 rpm, ia dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan T2W4 lengkap dengan Torsen LSD dari jenis gear separa helical.

 

 

Di dalam, tempat duduk Recaro, stereng Momo serta tombol gear jenis aloi aluminium melengkapkan aura prestasinya.

Berbalik di Malaysia, Accord Euro R tidak di bawa masuk secara rasmi. Ini bukan menjadi masalah kerana ia boleh menjadi projek yang menarik.

Contohnya Nasuha Ahmad Suhaimi dari Bandar Baru Bangi tetapi kini menetap di Beranang, Selangor.

 

 

Berusia 33 tahun dan bapa kepada dua orang anak, Nasuha atau Nas membeli sebuah Honda Accord generasi keenam dalam tahun 2011 dengan harga RM41,000.

Sejak itu, kerja-kerja modifikasi dilakukan secara berperingkat untuk menjadikan ia sebuah sedan yang lebih berkuasa dan seronok dipandu.

 

 

Ujian dyno menurut Nas menghasilkan 220 hp dan beliau menghabiskan lebih kurang RM25,000 untuk menghasilkan Accord yang diidamkannya. 

Di bawah ialah antara butiran mengenai roket segmen D beliau ini.- Bonet carbon fibre
- Fender carbon fibre
- Penutup but belakang dan lampu belakang dari Accord varian US.
- Sunroof asli dari model S84
- Grill depan kustom
- Rim SSR Type C siz 16-inci (Depan 7jj 205/55/16 Brigstone Potenza RE11 / Belakang 8jj 225/50/16 Michellin Pilot Sport 3.

 

 

- Adjustable Tein Type Flex with EDFC
- Works Oil Temp meter / Works Oil Press Meter / Works Water Temp Meter
- Stereng Euro R
- Seat Subaru V8
- Digital Aircond Climate Control. 
- RSM Meter
- Enjin H22A Vtec Euro R
- Kevlar Timing Belt
- Header FGK 
- Cam Pulley Jun
- Gearbox T2W4 Semi Helical Lsd
- Clutch Triniti
- Piping 2.5 ' full stainless steel.

Terima kasih kepada Nas kerana sudi berkongsi informasi dan juga Shah Adam untuk tugasan ini.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Civic Type R Limited Edition tidak sama dengan Civic Type R GT melalui berat yang dikurangkan,…
Berita Global
Ia didatangkan dengan enjin bentangan V4 90 darjah bersesaran 748 cc menghasilkan 75.94 kuasa kuda…
Berita Global
Oleh sebab itu, kebanyakan jualan kei car dan kereta bersaiz kecil jauh lebih mengatasi jualan…